Pelbagai tafsiran telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi
dan pakar-pakar dalam bidang sukan tentang istilah kebimbangan. Walaupun
pelbagai interpretasi telah dikemukakan, namun tidak tedapat banyak perbezaan
dari segi maksudnya.
Kebimbangan dilihat sebagai suatu keadaan negatif yang boleh memberi kesan kepada prestasi atlet (Weinberg dan Gould, 2007). Menurut Wann (1997), kebimbangan akan wujud bila individu mula meragui kemampuannya dalam mengawal situasi yang menyebabkannya merasa tertekan.
Kebimbangan boleh menjadi suatu fenomena asas dan masalah sebenarnya ialah keadaan (situasi).
Vasudevan (1989), mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar pada orang yang menpunyai pertalian dengan diri kita.
Kebimbangan dalam sukan
berpunca daripada pelbagai sumber seperti manusia lain, tugasan dan
persekitaran dan ia bukan sahaja dialami oleh atlet tetapi juga oleh jurulatih,
ibu bapa, penonton dan orang ramai.
Cox (2002) mendefinisikan kebimbangan sebagai pengertian
perasaan yang subjektif dan peringkat ‘arousal’ secara mendadak. Atlet yang
mengalami perasaan kebimbangan sebelum dan semasa pertandingan mungkin akan
mengalami peningkatan tahap ‘arousal’ dan merasa ketegangan pada tubuh.
Jurulatih atau ketua pasukan tidak akan dapat menyelami hati
dan pemikiran setiap ahli pasukannya untuk mengajak mereka berfikir dengan cara
tertentu. Setiap pemain mempunyai pendekatan tersendiri ketika menghadapi
pertandingan. Oleh itu, adalah mustahil untuk mengajak setiap individu dalam memikirkan
atau merasakan sesuatu dengan cara yang sama untuk menghadapi pertandingan.
Sesetengah atlet, khususnya atlet elit lebih suka membuat persiapan mentalnya
dengan cara sendiri. Sesetengah atlet mungkin lebih suka cara berasingan,
manakala sesetengahnya pula lebih suka berkumpulan atau sama ahli lain dalam
pasukan.
Jurulatih juga boleh memainkan peranannya untuk membantu
atlet mendapatkan kembali jiwa mereka. Biarpun anziati dan kebangkitan lazimnya
tidak dapat dikenal pasti dan berlainan teknik rawatan, tetapi yang pasti
setiap satu boleh ditangani dengan caranya tersendiri. Beberapa pendekatan
psikologi boleh digunakan bagi tujuan meredakan situasi mental seperti ini.
Atlet
memerlukan sedikit anziati sebelum pertandingan kerana ia akan
membantu seseorang atlet agar lebih bersedia. Atlet perlu digerakkan,
jika tidak mereka akan rela berdiam diri (sedentary) dengan tidak
melakukan apa-apa. Hasilnya mereka menjadi kaku dan sukar melakukan
pergerakan-pergerakan lazim. Jurulatih perlu menyarankan atlet dengan
pergerakan-pergerakan yang tangkas kerana ini akan membangkitkan
fisiologi mereka.
Anshel (1997) menyatakan bahawa pergerakan-pergerakan yang tangkas akan merehatkan mental atlet kerana tekanan ke atas pemikiran dipindahkan kepada tekanan fizikal. Menurut morgan (1979) teknik pengurangan tekanan seperti ini berkesan ke atas atlet yang mengalami anziati tahap tinggi. Beliau juga menekankan bahawa permainan yang mempunyai tahap kebangkitan yang rendah seperti golf, lawan pedang, maraton atau tenis memerlukan aktiviti fizikal yang ringan berbanding permainan yang tahap keperluan tenaga tinggi seperti bola sepak, gusti atau ragbi.
Namun,
berkemungkinan perlakuan fizikal yang berlebihan, khususnya semasa
sesi pemanasan badan akan menjejaskan prestasi keseluruhan.
Sesetengah atlet kelihatan seperti telah kehabisan tenaga sedangkan
pertandingan belum pun bermula. Jurulatih perlu peka dengan keperluan
seperti ini.
Kecenderungan
jurulatih menyebutkan ungkapan “rehat” atau “relaks” kepada
atlet, khususnya sejurus sebelum memulakan pertandingan boleh
menimbulkan atau merangsang anziati atlet.
Mungkin tujuan jurulatih adalah baik iaitu untuk membantu atlet, tetapi sebaliknya tindakan itu oleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif di benak atlet.
Tindakan jurulatih ini sebenarnya sebenarnya akan meningkatkan lagi tekanan ke atas atlet yang sememangnya penuh dengan debaran dan perasaan anziati yang membuak-buak.
Usaha jurulatih ini mungkin boleh menghasilkan kecelaruan.
Mungkin tujuan jurulatih adalah baik iaitu untuk membantu atlet, tetapi sebaliknya tindakan itu oleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif di benak atlet.
Tindakan jurulatih ini sebenarnya sebenarnya akan meningkatkan lagi tekanan ke atas atlet yang sememangnya penuh dengan debaran dan perasaan anziati yang membuak-buak.
Usaha jurulatih ini mungkin boleh menghasilkan kecelaruan.
Sesetengah
atlet memerlukan tekanan pada tahap tertentu bagi menghadapi
pertandingan. Itu ialah cara mereka. Namun, jika jurulatih dengan
tiba-tiba meminta atlet untuk bertenang atau relaks, akan terbentuk
satu situasi lain yang bertentangan dengan kehendak atlet itu. Lebih
baik jika jurulatih tidak berkata apa-apa daripada mengeluarkan
kata-kata yang cuba mengubah situasi pemikiran atlet yang telah
menyediakan iklim pemikiran mereka sendiri.
3. Elak daripada membincangkan rekod atau pencapaian pasukan.
Keghairahan
memikirkan rekod dan pencapaian pasukan akan hanya mengurangkan
penumpuan dan meningkatkan anziati. Mengimbas kembali sama ada
rekod-rekod kekalahan atau cubaan untuk mengekalkan rekod kemenangan
merupakan sesuatu yang merugikan, malah tidak produktif. Apa yang
terbaik ialah menumpukan kepada prestasi dan bukan ke atas hasilan,
dan kemenangan akan terurus dengan sendirinya.
4. Bina keyakinan diri dan jangkaan yang realistik
Anziati
meningkat jika atlet itu berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri,
dan terancam oleh persepsinya terhadap pertandingan. Jurulatih boleh
membina dan meningkatkan keyakinan diri atlet berdasarkan
maklumat-maklumat yang bersesuaian yang mengaitkan prestasi, bukan
ungkapan yang biasa yang telah muak didengar seperti “ awak akan
lakukan yang terbaik!” Dan lain-lain.
Jurulatih
juga boleh membicarakan perkara-perkara seperti kekuatan atau
kelebihan atlet, kelemahan-kelemahan lawan, strategi permainan yang
telah dirancangkan terdahulu ataupun gambaran yang menunjukkan
jurulatih yakin akan kemampuan atlet sambil membina pemikiran positif
untuk mengurangkan pemikiran negatif.
TATACARA MENGURUS ANZIATI ATLET
1. Fikirkan latihan
Atlet
boleh mengalami anziati yang keterlaluan jika terlalu memikirkan
tentang pertandingan. Menurut anshel (1997), satu cara terbaik
mengatasi situasi ialah “fikirkan latihan” di mana atlet
menggambarkan situasi pertandingan yang sedang dihadapi sama seperti
semasa dia berlatih kerana ketika berlatih, atlet berada dalam
keadaan yang tenang dengan persekitaran yang aman.
Melalui “fikirkan latihan” secara tidak langsung badan dapat membezakan rangsangan yang tulen dan rangsangan yang digambarkan. Oleh itu, ia akan membantu atlet mengawal anziati yang keterlaluan. Selain itu, jurulatih boleh menggunakan tayangan video yang menggambarkan kejayaan kepada atlet agar atlet boleh dirangsang untuk berjaya, fikirkan positif dan dalam kewajaran. Pemikiran yang dibekalkan dengan corak positif adalah lebih baik daripada dibekalkan dengan ketakutan dan negatif. Semua ini secara tidak langsung akan mengawal anziati atlet.
2. Terus aktif
Menurut
morgan (1979) , penglibatan dalam aktiviti fizikal yang aktif dapat
mengurangkan anziati dan ia merupakan salah satu tujuan mengapa
aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum menjalani sesuatu
aktiviti sebenar. Aktiviti-aktiviti fizikal yang aktif dapat
- Menyediakan “laluan keluar” untuk emosi-emosi yang semakin tinggi tahapnya seperti anziati, kebangkitan, tekanan dan lain-lain.
- Mengalihkan tumpuan atlet kepada aspek luaran daripada asyik memikirkan perasaan dalaman yang tidak menentu.
3. Strategi kognitif
Anziati
yang melanda atlet boleh juga diurus secara berkesan dengan
mengurangkan kaedah-kaedah kognitif yang telah dikenal pasti
kemampuannya. Antara kaedah-kaedah berkesan yang boleh digunakan
ialah gambaran mental (mental imagery), teknik-teknik relaksasi,
pembekuaan fikiran (thought stopping), bicara kendiri positif,
meditasi dan lain-lain.
Berbeza
dengan kemahiran perlakuan sukan, strategi kognitif merupakan
kemahiran yang memerlukan latihan yang agak panjang untuk mencapai
tahap penguasaan yang mapan. Atlet perlu yakin akan keberkesanan
latihan mental yang dijalani dan mengamalkannya.
4. Positifkan senario pahit yang pernah dilalui
Bersukan
seharusnya menggembirakan, memberi kepuasan, dan keseronokan. Atlet
tidak seharusnya terus dibelenggu oleh kenangan silam yang mungkin
memalukan atau dikesalkan. Begitu pun, kekalahan bukanlah penamat
kepada segala penglibatan dan kerjaya sukan. Mengenang kembali
senario pahit yang pernah dialami ialah gambaran bahawa”…..
Segala-galanya adalah mungkin…..” Dan ia menimpa semua individu.
Senario pahit bagi kebanyakan atlet ialah aksi yang hambar dan kekalahan dalam pertandingan. Bagaimanapun. Kalah bukan bermakna gagal. Banyak yang boleh dipelajari daripada kekalahan atau pengalaman pahit ketika bertanding. Setidak-tidaknya atlet dapat melihat kemahiran diri-sendiri dan pihak lawan serta menerima hakikat bahawa keputusan pertandingan bukanlah sesuatu yang dapat dikawal. Mengimbas kembali senario pahit yang pernah dialami merupakan latihan gambaran mental yang baik sekiranya dilihat dari sudut positif.
MENGUKUR DAN MENYELIA ANZIATI
Model
Lazarus dan Folkman (1984), menyatakan bahawa pertimbangan tekanan
(stress appraisal) akan dapat mendedahkan perbezaan maklum balas
somatik dan mental yang positif atau maklum balas yang langsung tidak
berkaitan.
Pertimbangan tekanan boleh dianggapkan sebagai gangguan atau kekalahan, ancaman ataupun cabaran. Celaan-celaan jurulatih ketika ini menghasilkan anziati, khususnya apabila celaan yang dikaitkan dengan konsep penghargaan kendiri seseorang atlet (Maslow, 1962, dlm .Reeve, 1992).
Dalam sukan, jurulatih dan atlet boleh bekerjasama untuk menguruskan anziati stet pada tahap yang bersesuaian ke arah menjana prestasi cemerlang. Bagi merealisasikan ini, anziati perlu diukur dan dikawal selia secara berkesan menggunakan pendekatan-pendekatan berikut:
1. Pendekatan pikologi
Pendekatan
ini lazimnya melibatkan penggunaan kertas pensil untuk memberikan
respons kepada soal selidik yang digunakan. Kebanyakan soal selidik
yang digunakan bagi tujuan pengukuran anziati mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaaan yang tinggi dan menjadikan ia seakan suatu piawai
(Anshel, 1997, dlm. Ostrow,1991).
Spielberger’s State Trait Anxiety Inventory (STAI) merupakan instrumen yang baik untuk mengukur tetapi jarang digunakan dalam kajian-kajian psikologi kebelakangan ini kerana instrumen ini mengukur tentang apa yang dirasa oleh atlet dan bukannya berkaitan atau tentang sesuatu (Martens, 1990). Lagipun , banyak alat ukur baru yang diperkenalkan yang lebih efisien, misalnya CSAI-2 (Martens et al.,1990).
Anziati kronik boleh diukur menggunakan Sports Competition Anxiety Test (SCAT)(Martens et al,.1990) dan akhir-akhir ini pengukuran anziati cenderung menggunakan SAS (Smith, et. al.1990). Hal ini kerana ia boleh mengukur komponen kognitif dan komponen somatik ke atas atlet. Smith et. al. Menyatakan bahawa anziati kognitif dan somatik mempunyai kesan yang berbeza-beza ke atas prestasi atlet.
2. Pendekatan fisiologi
Anziati
somatik jarang diukur secara fisiologikal dengan ukuran tertentu
melainkan CSAI-2 dan SAS. Hal ini kerana;
- Tiada respons terhadap anziati kekal (stet)( sonstroem, 1984)
- Anziati hanya dilihat sebagai perasaan, iaitu persepsi atau pertimbangan seseorang terhadap situasi. Respons somatik yang paling mudah dikesan (degupan jantung) boleh memberi gambaran gangguan atau cabaran.
- Perkaitan antara dua pemboleh ubah dalam pengukuran anziati dati aspek fisiologi sentiasa sangat rendah.
- Keupayaan sistem saraf antara individu adalah berlainan.
Hacfort
dan Schwenkmezger (1989) menyatakan bahawa pertambahan kadar degupan
jantung akan melibatkan kedua-dua aspek emosi anziati dan tindak
balas kegembiraan atau kemarahan.
3. Pendekatan tingkah laku
Kebanyakan
individu cenderung bertindak dengan cara tersendiri yang ada
ketikanya agak ganjil kepada individu lain apabila berhadapan dengan
situasi yang menekan. Perlakuan seperti menyentak, mundar-mandir,
kerap membuang air dan mempamerkan sikap amarah tak menentu merupakan
contoh biasa atau individu yang sedang mengalami anziati.
Pengukuran
anziati melalui pendekatan tingkah laku ini agak subjektif kerana ia
berdasarkan interprestasi pemerhati sendiri.
Martens (1975) menyatakan SCAT dapat memberikan jangkaan yang lebih baik ke atas anziati kompetitif berbanding dapatan yang diperoleh melalui interprestasi pemerhati.
Martens (1975) menyatakan SCAT dapat memberikan jangkaan yang lebih baik ke atas anziati kompetitif berbanding dapatan yang diperoleh melalui interprestasi pemerhati.
Hanson
dan gould (1998), menjalankan kajian untuk mengenal pasti keupayaan
jurulatih menjangka tahap anziati berubah dan anziati kronik (tret)
atlet mereka. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan jurulatih sangat
peka ke atas tahap anziati atlet masing-masing dan sentiasa
menanganinya dengan cara yang berkesan. Petunjuk dan tanda-tanda
untuk mengesan seseorang sama ada sedang dilanda anziati atau tidak
ialah berdasarkan tahap komunikasi dan corak tingkah lakunya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)